Norma Baharu di Pusat Internet Kg Skio
18 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Skio, Sarawak merupakan satu inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebagai salah satu pusat untuk mengakses internet kepada komuniti setempat di samping menyediakan kelas/kursus seperti Kursus Asas Microsoft Komputer, Bengkel Usahawan dan sebagainya kepada komuniti. Selain itu, Pusat Internet Skio juga menyediakan perkhidmatan lain seperti fotokopi, mencetak, laminate dan scan dengan caj tertentu.
Untuk pengetahuan semua, Pusat Internet Skio turut mempraktikkan SOP New Normal pandemik Covid-19. Disini, para pengguna Pusat Internet diwajibkan menggunakan face mask setiap masa, mempraktikkan penjarakan sosial ketika berada dalam Pusat Internet, Para pengguna juga perlu mengisi maklumat dan cek suhu serta menggunakan hand sanitizer. Penggunaan adalah terhad kepada 5 pengguna pada satu masa. Pusat Internet Skio turut mengadakan kelas atas talian (online class) semasa pandemik Covid-19. Segala maklumat berkaitan kelas/kursus boleh rujuk kepada kalendar bulanan Pusat Internet Skio. Jangan lupa untuk like dan follow kami di media sosial untuk maklumat terkini.
Facebook : https://www.facebook.com/piskio
Instagram :pusat_internet_skio