Program Taklimat Klik Dengan Bijak & Advokasi MCMC SK.Simpang Kuda,Bau

8 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Februari 2020 (Jumaat), Program Taklimat Klik Dengan Bijak & Advokasi MCMC telah di SK.Simpang Kuda,Bau. Program ini telah dijalankan atas kerjasama empat buah Pusat Internet(PI) iaitu PI Skio, PI Krokong, PI Bogag dan juga PI Tanjung Bowang. Program ini diadakan bertujuan untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru, mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain,memberi pendidikan kepada pengguna tentang kepentingan kawal selia kendiri dan mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna ketika melayari internet.Dalam program ini, para peserta diberi taklimat berkaitan isu-isu KDB seperti “Oversharing”, “Maklumat Palsu” dan “Buli Siber”.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali