Handling Digital Customer’s Satisfaction

23 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Ogos(Sabtu) yang lalu, telah diadakan sesi ceramah melalui aplikasi Zoom bersama-sama dengan para pelajar daripada MSU College Sarawak yang mengambil jurusan Bisnes. Ceramah ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar cara untuk menguruskan bisnes, cara untuk menarik minat bakal pelanggan dan pelanggan, cara untuk mencapai tahap kepuasan para pelanggan terhadap servis yang disediakan dan juga cara mempromosikan barangan atau servis yang disediakan secara atas talian. Ceramah ini diadakan selama 1 jam 30 minit (10:30am – 11:30 am) dan dikendalikan oleh pengurus Pusat Internet Skio iaitu Cik Christine Fiona Dolin.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali