Kelas Perisian Komputer (Computer Software)

26 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Julai 2020 (Sabtu), Kelas Perisian Komputer telah diadakan bersama-sama dengan belia sekolah menengah dari PI Skio. Kelas ini telah dihadiri oleh 7 orang belia sekolah menengah. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membimbing para belia cara untuk mengenal pasti serba sedikit pengetahuan mengenai komponen-komponen perisan komputer.

Selain itu para belia juga di beri sedikit pencerahan mengenai sebenarnya.my bersempena dengan kempen ‘Kebebasan Bersuara bukan Kebebasan Berbohong’. Pencerahan ini bertujuan untuk mempromosikan nilai-nilai positif yang harus diamalkan oleh pengguna internet seperti 'bercakap benar', 'bijak menilai', 'beringat bila bercakap' serta memberi fokus kepada impak berita palsu kepada masyarakat. Selain itu, para belia juga telah bermain satu game (Kahoot dan Quizizz) berkenaan dengan ICT untuk menguji kefahaman mengenai ICT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali