Kelas Keusahawanan (Tips Menarik Pelanggan)

28 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Disember 2020(Ahad), pihak PIK Skio telah mengadakan kelas secara atas talian menggunakan aplikasi Google Meet bersama dengan para usahawan muda khususnya. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membimbing para usahawan cara-cara yang betul dan berkesan untuk menarik minat pelanggan untuk membeli barangan yang dijual secara atas talian. Pada zaman moden ini perniagaan atas talian atau lebih dikenali sebagai online business telah menjadi sangat popular di Malaysia terutama dikalangan remaja.Mereka yang suka beli secara online kerana kaedah pembelian yang senang dan cepat, kini mula beralih menjadi penjual online dengan harapan dapat mencari sedikit pendapatan sampingan untuk menampung kos perbelanjaan yang kini sedang meningkat. Selain itu para usahawan turut dibimbing cara-cara untuk mempromosikan barangan yang dijual agar nampak menarik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali