Kelas Membuat Comic Strip

11 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Disember 2020 (Khamis) Pusat Internet Komuniti Skio telah menjalankan kelas latihan ICT Kreatif. Seramai 4 orang pelajar lelaki menyertai kelas ini yang diadakan bermula pada pukul 2.00 petang sehingga 4.00 petang. Pada sesi pembelajaran kali ini peserta mempelajari cara membuat komik sendiri secara atas talian bertemakan tajuk bebas. Peserta dapat memilih jalan cerita kesukaan mereka dan sekaligus dapat menghasilkan adegan komik yang menarik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali