Kelas KDB (Oversharing) & Kuiz KDB

27 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Julai 2019 (Jumaat), Kelas KDB(Oversharing) telah diadakan bersama-sama dengan 20 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar dari Kpg Skio,Kpg Seromah & Kpg Sogoh. Para pelajar telah diberikan penerangan mengenai Oversharing iaitu salah satu topik daripada Klik Dengan Bijak.

Kelas ini diadakan bertujuan untuk membimbing para pelajar mengenai langkah-langkah keselamatan dalam penggunaan internet dan had-had dalam berkongsi maklumat peribadi di dalam laman sesawang. Di samping itu turut diselitkan juga dengan kuiz atas talian melalui aplikasi Quizizz.com dimana soalan-soalan adalah terdiri daripada topik Klik Dengan Bijak(KDB).

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali