Kursus Solekan

24 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Jun 2019 (Ahad), Kursus Solekan telah diadakan di Pusat Internet Bogag dan turut dibantu oleh pengurus daripada Pusat Internet Tj.Bowang dan Pusat Internet Skio. Seramai 11 orang peserta telah mengikuti kursus solekan tersebut yang terdiri daripada orang dewasa dan juga belia daripada kawasan sekitar Kampung Bogag.

Kursus ini diadakan bertujuan untuk membimbing para peserta cara pemilihan alat solek yang bersesuaian dengan kulit muka mereka dan cara penggunaan alat-alat solek tersebut.Para peserta juga turut dibimbing cara-cara untuk menghasilkan solekan yang tahan lama dimana penggunaan “Toner, Serum, Moisturiser dan juga Makeup Primer” adalah sangat penting untuk menghasilkan “makeup base” yang tahan lama. Kursus solekan ini dibimbing oleh pengurus Pusat Internet Skio iaitu Cik Christine Fiona Dolin.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali