Bengkel Smart ICT

7 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Mei 2019 (Isnin), Bengkel Smart ICT telah diadakan bersama dengan Ketua Masyarakat Daerah Bau (Zon Bratak) yang bertempat di Pusat Internet Sibuluh. Bengkel ini telah dianjurkan oleh Pusat Internet Daerah Bau dan ianya terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Antara modul pembelajaran adalah seperti Microsoft Office Word dan juga Microsoft Power Point. Bengkel Smart ICT ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran asas komputer dikalangan ketua masyarakat di Daerah Bau.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali