SPA Dan Penghasilan Resume
16 Januari 2017 | Aktiviti TerkiniPada 15 Januari 2017, kakitangan PI telah membantu para belia yang datang ke PI dalam pengisian SPA secara atas talian dan penghasilan resume. Kebanyakan para peserta terdiri daripada belia yang datang dari kampung berdekatan. Seramai 8 orang menyertai aktiviti ini. Mereka diajar secara individu dalam pengisian SPA sesuai dengan tahap pendidikan serta diberi tunjuk ajar dalam penghasilan resume. Pendekatan secara individu dilihat lebih relevan memandangkan kebanyakan mereka merupakan pelajar lepasan SPM dan STPM yang semestinya masih lagi baru dalam alam pekerjaan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: