Kelas Autocad Dan Top Up Online (Keusahawanan & E-Commerce) PI Skio
19 Mac 2017 | Aktiviti TerkiniPada 18 Mac 2017, PI Skio dengan kerjasama bersama 3 buah PI Bau telah mengadakan satu kelas dalam usaha memberikan pendedahan awal kepada para peserta tentang kegunaan aplikasi Autocad dan bisnes top up online. Kelas yang diadakan secara tidak langsung memberi pengetahuan baru kepada para peserta mengenai penggunaan aplikasi Autocad dalam rekaan bangunan mahupun rumah. Pengalaman ini dapat digunakan oleh para peserta sekiranya berminat menjalankan perniagaan berasaskan seni bina dan rekaan pada masa hadapan. Selain itu, mereka juga berpeluang menjana wang tambahan melalui kelas Top Up Online. Seramai 15 orang peserta telah menyertai kelas ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: