Kelas Usahawan - teknik mengunting, tips penjagaan & mengayakan rambut
16 Mac 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 15 Mac 2016 bertempat di bilik latihan PI Skio, satu kelas usahawan telah diadakan khas bagi komuniti PI Skio. Kelas yang dimaksudkan adalah kelas teknik mengunting dan mengayakan rambut. Dalam program ini, kami telah menjemput tukang gunting yang memiliki perniagaan salun rambut di Pekan Bau untuk mengajar para peserta. Objektif utama aktiviti diadakan adalah untuk memberi idea perniagaan kepada para peserta.
Selain daripada itu, ini merupakan salah satu cara PI untuk membantu komuniti dengan memperlengkapi mereka dengan kemahiran selain daripada ICT. Peserta turut diberikan latihan praktikal mengenai cara mengunting, tips penjagaan dan mengayakan rambut. Latihan ini bermula pada 2.00 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang. Aktiviti ini telah disertai oleh 18 orang peserta yang merupakan komuniti asal kampung Skio.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: